Pengetahuan Umum Colt_M4

Karbin M4 dan M4A1 yang menggunakan kaliber peluru 5.56 x 45 mm NATO ini menggunakan sistem gas, penyejukkan udara, kelopak yang sama dengan M16, sistem tembakan dwi pilihan dan dilengkapi dengan udi teleskopik yang boleh dipanjang-pendekkan sepertimana HK MP5A3.

Sepertimana dengan karbin lain, ia amat ringan dan lebih mudah untuk dibawa berbanding raifal berukuran penuh. Senjata ini dicipta bagi tentera bukan infantri (krew kenderaan, ajutan dan pegawai staf), ia ciptaan ideal bagi pertempuran jarak dekat (close quarters combat, CQC) dan lapangan terbang serta operasi khas. Karbin ini merupakan senjata khas bagi Pasukan Operasi Khusus Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris:United States Special Operations Command, USSOCOM) dan menjadi karbin utama pasukan-pasukan elit Amerika. Malaysia turut menempah sejumlah besar karbin M4A1 untuk menggantikan karbin jenis Steyr AUG bagi angkatan bersenjata pada tahun 2006 dan akan dihasilkan di Malaysia dengan secara berlesen oleh Colt[2].

M4 menjadi produk utama ini dipasarkan untuk kerajaan Amerika oleh Syarikat Colt Firearms melalui kontrak eksklusif untuk memasarkan pelbagai jenis karbin M4 sehingga tahun 2009; namun sejumlah besar syarikat persenjaataan lain telah menawarkan beberapa laras senjata yang serupa dengan M4. Ciptaan M4 dengan M16 terbaru iaitu M16A4 berjaya menggantikan senjata Colt M16 dan Colt M16A2; sebagai contoh tentera udara Amerika telah merancang untuk menggantikan M16 dengan karbin M4 sebagai senjata utama mereka. Karbin M4 turut menggantikan SMG M3A1 yang biasa digunakan oleh krew kenderaan (misalnya krew kereta perisai). Senjata M4 hampir menyerupai dengan versi kompak M16 sebelum ini, seperti XM177, cuma perbezaannya M4 tidak menggunakan peluru berkaiber M193/6 ball.